[su_accordion]
[su_spoiler title=”Fikri Che Hamid – Cintamu Ya Rasulallah (SAW)” open=”no” style=”default” icon=”plus” anchor=”” class=””]
[su_audio url=”https://www.ircica.org/wp-content/uploads/naats/Naat-MY-fikri-che-hamid-cintamu-ya-rasulallah-saw.mp3″]
Pada yang memiliki seindah rupa,
Bahkan lebih indah daripada purnama,
Kelahiran termulia sealam buana,
Yang menggegar atma seluruh pencinta.
Tidak ada yang membawa bahagia,
Selain melihat cahaya wajahnya,
Yang rajuk kembali ceria,
Yang tercalar bangkit siaga,
Luhur budi Mu Ya Rasul,
Buat hati yang keras jadi terpukul,
Lembut tutur Mu Ya Hasyir,
Bagaikan hembusan angin yang berdesir,
اللهم
صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Kecintaan apakah yang membuatkan,
Seluruh sukma berdamai pada ketaatan,
Pada lorong kegelapan,
Tersinarnya cahaya keimanan.
Tidak akan rugi siapa yg mencintai,
Pada kekasih yang abadi,
Kekasih Sang Rabbi,
Buah hati sekalian alam ini.
Sempurna itu milik mu Ya Thoha,
Tidak sekali dirimu berputus asa,
Kerana cinta kasihmu untuk ummah.
Duhai Rijal Tihamah padamu barakah.
اللهم
صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Sambutlah kami ikhwanmu ,
di tepian haudh kami mengharapmu,
Mudahan ada titisan dari Kausarmu,
Oleh bekas cinta dan selawat buatmu,
Kerana cinta kami pada Mu Ya Habib,
Kami mohon syafaatmu Ya Thobib,
Tidak akan mampu menanggung azab,
Jika bukan dirimu sebagai asbab.
Di hari tiada naungan selain TuhanNya,
Di hari tiada manfaat anak-anak mahupun harta,
Kecuali yang datang pada TuhanNya,
dengan hati yang sejahtera.
اللهم
صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
[/su_spoiler]
[/su_accordion]